Facebook page bukan satu pilhan tetapi satu keperluan untuk mereka yang menjalankan perniagaan di Facebook.
Bagi mereka yang belum mempunyai Facebook Page ini, jom ikuti langkah mudah untuk mencipta akaun perniagaan versi 2021.
Langkah Untuk Mencipta Facebook Page
Pastikan anda telah mempunyai akaun facebook sebelum anda boleh membuka akaun facebook page. Jika masih belum mempunyai, klik sini untuk membuka akaun www.facebook.com
Langkah yang kami tunjukkan ini daripada laptop/desktop view, sekiranya anda menggunakan smartphone, caranya masih sama tetapi viewnya sedikit berbeza.
Langkah 1 :
Login Akaun Facebook Anda
Klik sini, https://www.facebook.com dan login dengan Username dan Password anda.
Langkah 2 : Cipta Akaun Facebook Page
Klik simbol “+” pada bahagian kanan atas, kemudian klik pada butang “Page”.
Langkah 3 : Masukkan Maklumat Perniagaan
Ini adalah paparan facebook selepas anda tekan butang “Create Page”.
Lengkapkan Maklumat “Page Information” (Page Name, Category & Description)
Tip Pemilihan Nama Facebook Page anda
Pemilihan nama page facebook sangat penting, oleh itu kami share beberapa tips untuk anda gunakan sebagai nama page anda ini.
- Nama Perniagaan (SSM)
- Nama Brand
- Nama Produk
- Nama Catchy/Viral
Masukkan Nama Yang telah di pilih berdasarkan tips di atas. Dan pilih kategori perniagaan yang anda jalankan. Penting untuk anda memilih kategori perniagaan yang betul ya.
Masukkan juga desciption perniagaan yang anda jalankan. Untuk memudahkan prospek mengetahui secara ringkas tentang produk/servis yang anda sedang jalankan.
Selesai masukkan Nama Page, Kategori & Description, klik butang “Create Page” untuk ke langkah seterusnya.
Langkah 4 : Masukkan Gambar Profile dan Cover
Masukkan Gambar Profile Perniagaan da Facebook Cover anda. Ingat ya, jangan anda letakkan semberono gambar di bahagian ini. Ikuti tips pemilihan gambar di bawah:-
- Untuk Produk
Profile : Logo Company, Brand, Owner Produk (Jika anda bandingkan diri sendiri)
Cover : Gambar Produk, Gambar Model dengan Produk
- Untuk Perkhidmatan
Profile : Logo Company, Brand
Cover : Gambar Sedang melakukan proses kerja atau Gambar bersama-sama dengan Staff (Untuk mewujudkan kepercayaan kepada bakal pelanggan)
Klik pada butang “Add Profile Picture” dan Sila pilih gambar di dalam Laptop/desktop anda. Kemudia tekan butang “Open”
Klik pada butang “Add Cover Photo” dan Sila pilih gambar di dalam Laptop/desktop anda. Kemudia tekan butang “Open”
Untuk melihat gambar Profile dan Cover yang telah anda pilih, facebook memaparkan contoh di sebelah kanan paparan skrin anda seperti contoh di bawah.
Setelah berpuas hati dengan gambar ini. Sila tekan butang “Save”.
Taa daa.. Facebook Page untuk perniagaan anda sedia untuk di gunakan untuk memasarkan jualan kepada pengguna-pengguna facebook.
TETAPI….
Anda perlu lengkapkan beberapa maklumat penting sebelum anda boleh mempromosikan perniagaan di page ini.
Langkah 5 : Edit Page Info
Lengkapkan kesemua maklumat di bahagian ini. Untuk makluman anda, maklumat ini dapat di baca oleh pengguna lain. Seeloknya anda masukkan maklumat seperti Nama Syarikat anda beserta no pendaftaran syarikat (Bertujuan untuk menambahkan lagi keyakinan pengguna untuk membeli daripada page anda). Maklumat lain yang harus anda lengkapkan:-
- No Telefon
- Website (Jika ada)
- Lokasi (Sesuai untuk yang mempunyai kedai fizikal)
- Waktu Operasi
- Lain-lain maklumat (Jika ada)
Langkah 6 : Mula Menyiarkan Iklan (Posting)
Ayuh, mula cipta Posting Iklan pertama anda. Gunakan Konten penulisan ayat iklan beserta gambar atau video untuk menarik minat pengguna untuk melihat dan membaca iklan anda ini.
Alhamdulillah, anda facebook page anda telah siap untuk di gunakan untuk mempromosikan perniagaan di media social facebook. Pastikan anda menggunakan teknik penulisan iklan yang terbaik untuk menarik pengguna facebook membeli produk daripada anda.
Nantikan artikel seterusnya yang lebih menarik yang mana kami akan berkongsi teknik untuk mnghasilkan content yang menarik untuk digunakan dalam pengiklanan di facebook..
Semoga sharing pada kali ini mmbantu mereka yang masih menggunakan facebook peribadi untuk melakukan jualan di media social.
