Cuba kita fikir balik zaman sekolah dulu, cikgu ada cerita tentang Orang Purba; zaman paleolitik yang mana masa zaman tu orang purba ni duduk dalam gua, memburu, mempunyai keluarga dan hidup secara nomad. Zaman tu, bahasa pon belum wujud apatah lagi kereta Preve. So, macamana manusia zaman tu berkomunikasi? Ada yang buat simbol conteng kat gua, guna “gesture” atau bahasa badan untuk memahami sesuatu perkara, dan lama lama terbentuk lah “Bahasa” yang pelbagai kita gunakan sehingga ke hari ni.
Daripada sebuah konsep dalam otak kita, manusia terjemahkan kepada body language, kemudian kepada percakapan dan sekarang sudah ade penulisan dan ade gambar, ada visual dan macam-macam lagi cara communication pada masa sekarang. Semua ni akan terus menerus berkembang pesat sehingga bila bila.
Point yang ingin saya sampaikan di sini adalah: Sebuah Konsep dalam otak kita hanya boleh di pamerkan / show to other people apabila kita beritahu orang depan kita tu betul tak? Kita tak boleh nak baca minda orang sekeliling kita. Barulah orang tahu apa yang kita nak, barulah kita boleh sampaikan kata kata kita, dan barulah kita boleh cari perkara yang kita nak di internet atau di mana mana platform.
Jadi bagaimana pula dengan Google Search? Bagaimana google search tahu apa yang kita nak? Simple je, kau “Google” je lah bro!
Kita ambil contoh bagaimana Google boleh bantu user mereka untuk jumpa apa yang user cari di dalam Google Search. Dan bagaimana anda secara mudah boleh target customer berdasarkan “intent”/niat mereka di Google. Dan juga bagaimana anda sebagai user, lebih mudah untuk jumpa apa yang anda cari dengan “Search Tool” oleh Google. Kita cuba dengan situasi di bawah.
Kawasan Shah Alam, musim-musim tengah tahun memang sangat panas, dan Anda tengah duduk santai-santai di luar rumah beliau sambil isteri anda Puan Aminah tengah ketawa jerit-jerit di ruang tamu menonto cerita running man. Tibe-tibe, Puan Aminah jerit drpd dalam “Bang!!!! Ooo Bang! Aircond ROSAKK! Berpeluh habis saya ni, nak tengok Korea pon tak tenang Bang Oii!”. Setelah di periksa ternyata aircond yang anda baru beli 2nd hand tahun lepas tu tidak lagi berfungsi, tak keluar angin sejuk dia. anda pon Jem, Nak kena cari technician Aircond ni. Tapi, mamat aircond tahun lepas tu da tak jumpa, dah balik Perlis and contact number pon dah hilang.
Ini masalah normal yang sering berlaku dalam kejadian harian semua orang. Betul tak? Tetapi cara manusia cuba untuk menyelesaikan masalah ni sama sekali berbeza mengikut diri masing-masing.
Golongan manusia yang pertama, senang je pergi dekat Google dan terus taip je soalan utama yang mereka nak jawapan, contohnya Where to find Aircond Shop Shah Alam? Ada yang lain pula dia ringkaskan lagi search tu Baiki Aircond Shah Alam, Repair Broken Aircond Shah Alam, Technician Aircond Shah Alam, Shah Alam Aircond Rosak.
Golongan seterusnya dia jenis suka nak kaji dulu untuk dapatkan servis paling bagus supaya aircond tu tak rosak lagi. Jadi antara query dalam google mereka adalah mungkin Top Aircond Company Shah Alam, Aircond Work Good Servis, Baiki Aircond Servis Terbaik, Kedai Baiki Aircond Selangor. Atau mereka akan cuba godek-godek dahulu website, page atau Google MyBusiness syarikat-syarikat yang mereka jumpa.
Kalau anda jenis yang suka DIY, nak cuba baiki sendiri; Alahhhh! Senang je ni. Anda akan terus taip “Macamana Nak Baiki Aircond Rosak”, Aircond tak keluar angin sejuk, How to know if your aircond is broken, How to repair aircond DIY. Dan anda akan jumpa pelbagai video di youtube dalam pelbagai kategori untuk bantu selesaikan masalah ini atau bantu anda figure out kenapa aircond anda rosak sebenarnya?
Dan selepas mana mana satu antara tiga cara di atas, anda berjaya menyelesaikan masalah aircond rosak anda, isteri anda pon meneruskan Runningman show beliau hingga ke season yang seterusnya. Jadi nampak tak, betapa efektifnya Google sebenarnya dalam membantu kita menyelesaikan aktiviti dan permasalahan harian kita. Hanya taip sahaja query yang anda inginkan, Google akan cadangkan info terbaik sesuai dengan soalan yang anda inginkan.