
Semenjak Covid-19 mula menular di Malaysia pada bulan Mac 2020, kita dapat melihat situasi yang begitu menyedihkan melanda kebanyakkan Usahawan yang mempunyai kedai fizikal di pasaraya-pasaraya besar, butik-butik, lot-lot kedai di kawasan bandar atau luar bandar, restoran dan peniaga-peniaga tepi jalan terpaksa Gulung Tikar kerana tiada pelanggan yang membeli di premis mereka.
Tetapi sungguh berbeza dengan usahawan yang menjalankan perniagaan diatas talian di Media Social, Website, Marketplace. Dengan pembelian berkali-kali ganda dan tidak putus-putus sehingga ada di antara mereka sampai kehabisan stok dalam masa 1-3 hari.
Sehingga hari ini, hampir keseluruhan perniagaan mula membuka perniagaan di atas talian terutamanya di Media Social Facebook. Kenapa Facebook, mesti anda semua tertanya-tanya kan.
Rujuk gambar di bawah hasil kaji selidik daripada Hootsuite pada 16 Julai 2020. Apa tunggu lagi, untuk mereka yang bergelar usahawan dan masih belum mempunyai sosial media Facebook untuk perniagaan online anda, jom cipta akaun sekarang!

Menjual di Facebook Peribadi
Bermula pada Julai 2020, Facebook mula mengetatkan peraturan dan polisi mereka yang tidak lagi membenarkan pengguna mereka untuk mempromosikan sebarang jenis perniagaan sacara langsung di akaun peribadi.
Disebabkan polisi baru ini, ramai di kalangan mereka yang begitu kecewa dan terkesan kerana majoriti jualan datang daripada akaun peribadi mereka.

Facebook tidak begitu kejam terhadap mereka, malah Facebook telah menyediakan satu tempat perniagaan yang di panggil “Facebook Marketplace” yang mana penjualan boleh menggunakan Marketplace ini secara percuma (Tiada bayaran yang dikenakan kepada pengguna mereka).
Di bawah contoh gambar produk yang telah dimasukkan ke dalam “Facebook Marketplace”.


Walaupun Facebook telah menyediakan “Facebook Marketplace” ini, segala produk atau perkhidmatan yang ingin dijual masih lagi tertakluk kepada Polisi Facebook.
Menjual di Facebook Perniagaan (Facebook Page)
Untuk mereka yang belum pernah mendengar dan mengetahui tentang Facebook untuk perniagaan ini, kami akan menerangkan secara ringkas kenapa Facebook Jenis ini di wujudkan dan kelebihannya berbanding dengan Facebook Peribadi.
Sebelum itu, mari lihat gambar Facebook Page di bawah.

Kelebihan Facebook Page
- Membuatkan Bisnes lebih Profesional (Pelanggan dapat mengetahui dengan lebih detail perniagaan yang anda jalankan termasuk lokasi dan lain-lain)
- Boleh terus menjual tanpa ada halangan daripada Facebook
- Pelbagai jenis Posting
- Boleh di jaga lebih daripada 1 admin
- Boleh simpan data customer (melalui facebook ads manager)
- Boleh jalankan pengiklanan berbayar
- Dan banyak lagi (kalau nak senaraikan konfim lebih daripada 30 kelebihan)
Secara ringkasnya, facebook page ini telah banyak membantu usahawan online untuk menjana jualan di atas talian, sehingga ada di antara mereka telah mencapai jualan ratusan juta hanya daripada 1 cabang sosial media daripada berpuluh-puluh sosial media yang ada di muka bumi ini.
Kongsikan Post ini pada mereka yang memerlukan ya.
Nantikan Artikel seterusnya yang akan kami kongsi dengan ada semua.
“Cipta Akaun Facebook Untuk Perniagaan Dalam masa 5 minit” dan “Content Pemasaran di Media Social Facebook”