
Kalau boleh semua benda kita nak power kan? Apa yang dimaksudkan dengan copywriting power tu? Untuk perkongsian posting kali ni, saya nak berikan TIGA (3) tips cara menulis copywriting yang berkesan. Atau orang putih kata, impactful!
Dalam pemasaran digital, tidak sempurna sesuatu gambar atau video jika tiada copywriting yang memberi keterangan, ulasan atau ayat jualan. Justeru, semua usahawan perlu belajar teknik penulisan yang betul. Tapi apakah ciri-ciri copywriting yang power tu?

Baiklah hari ni saya nak kongsikan 3 ciri-ciri tersebut.
1. Menyentuh isu dan permasalahan prospek di dalam Copywriting Power.
Sebagai seorang usahawan, anda mesti betul-betul faham masalah yang dihadapi oleh prospek. Pernah tak anda dengar ayat ini, “Bisnes adalah bilamana kita menawarkan solusi kepada masalah yang dihadapi oleh prospek.” Jadi di dalam copywriting anda wajib cari isu dan permasalahan yang ditanggung oleh prospek anda. Bila isu/permasalahan itu tepat kena ke dahi mereka, maka mereka lebih mudah membeli produk yang kita tawarkan. Proses untuk closing juga lebih mudah dan pantas!
2. Ada unsur empati yang kuat dalam penulisan Copywriting Power.
Semakin anda faham dan dapat baca emosi prospek, semakin mudah untuk anda menarik minat mereka. Di dalam copywriting anda perlu menulis dengan jelas dan meletakkan unsur empati. Empati di sini bermaksud keupayaan untuk mengesan keadaan emosi orang lain, merasa simpatetik dan sentiasa mengambil perspektif orang lain. Contohnya, jika anda menjual skincare untuk merawat jerawat, anda mesti kena faham apakah perasaan yang prospek alami tika ini. Pasti mereka berasa kurang yakin, malu, tak mahu berjumpa dengan orang luar dan stres. Jika anda berjaya kaitkan empati dalam copywriting anda, maka prospek akan meletakkan kepercayaan yang sangat tinggi kepada anda. Malah mereka juga menganggap andalah penyelamat mereka!
3. Kredibiliti menjadikan Copywriting Power.
Kredibiliti bermula dari teori Retorik Aristoteles. Pastikan sewaktu menulis copywriting anda sentiasa menggunakan teknik persuasif ini. Terdapat TIGA (3) cara untuk membina kredibiliti di dalam copywriting power anda iaitu logos, ethos dan pathos. Logos selalunya melibatkan data, fakta dan statistik. Contoh, ‘Sudah 100,000 orang berjaya mendapatkan kulit halus mulus dengan Set Skincare YVY ini.’ Ethos pula selalunya melibatkan kredibiliti individu, produk/servis itu sendiri. Contohnya, ‘Guru Tuisyen Bahasa Inggeris ini merupakan bekas pelajar di Harvard University.’ Manakala yang terakhir pula ialah pathos iaitu mainan emosi prospek. Ianya boleh datang dari emosi positif dan negatif. Contohnya, ‘Anak-anak jadi rajin solat sejak ada sejadah pintar ni. Saya yakin anda pasti mahukan anak yang soleh & solehah kan?’ Dengan memastikan unsur kredibiliti ada dalam copywriting anda, saya amat yakin copywriting anda jauh lebih berkesan dan dipercayai!
Okey, sekarang cuba semak tiga (3) perkara di atas. Ada tak dalam copywriting yang anda buat selama ni? Jika anda nak tahu formula copywriting yang best boleh baca di sini https://www.copywriterjalanan.com/formula-penulisan-iklan-aida/
Hakikatnya, nak jadi jadi usahawan hebat memerlukan banyak ilmu.. Jemput baca artikel – artikel tentang bisnes di sini www.salezacademy.com