Usahawan online wajib pandai ilmu asas untuk edit gambar dan video. Sampai bila nak guna / curi gambar orang lain je kan? Zaman sekarang ada banyak aplikasi yang memudahkan pengguna untuk buat editing seperti Canva, Picsart, Inshot dan banyak lagi. Namun pada hari ni saya nak kongsikan 7 Fungsi menarik dI Aplikasi Canva yang akan menjadikan editing gambar dan video anda nampak macam profesional sangat! Jika anda masih belum ada akaun Canva, boleh klik sini untuk buka akaun secara percuma. Ok jom kita sama-sama tengok apa fungsi-fungsi tersebut.
1. BOLEH UPLOAD GAMBAR DAN VIDEO DARI GALLERY HANDPHONE ANDA
Sudah tentu anda pernah melakukan photoshoot menggunakan handphone kan? Dan adakalanya anda mahu menggunakan gambar tersebut sewaktu melakukan editing. Jadi Canva memang menyediakan fungsi ini supaya anda boleh memuatnaik gambar yang anda ingin masukkan di dalam poster atau video. Anda hanya perlu klik butang ‘Upload Media’ dan kemudian aplikasi Canva akan terus pergi ke Gallery handphone atau laptop anda.
2. MASUKKAN TEXT & VIDEO DALAM DESIGN ANDA
Text @ tulisan merupakan elemen penting sewaktu kita mencipta sesuatu design untuk poster atau video. Contohnya kita hendak menulis nombor telefon atau nama FB & IG sebagai rujukan kepada prospek. Jadi anda boleh klik pada simbol ‘T’ seperti gambar di bawah dan taip perkataan yang anda ingin masukkan.
3. TEMPLATE DISEDIAKAN SECARA PERCUMA.
Tahukah anda, setiap design memerlukan saiz dan ukuran yang berbeza? Contohnya anda memerlukan template yang berbeza untuk Facebook Cover, Instagram Stories, Instagram Post, Busines Card, Poster, Banner dan macam-macam tujuan lain. Jadi apa yang menariknya di sini adalah Canva memang sudah menyediakan ready made template tersebut. Anda hanya perlu pilih dan touch up mengikut citarasa anda.
4. BERIBU GAMBAR DAN BACKGROUND READY MADE DISEDIAKAN
Untuk amatur yang kurang pandai melakukan kerja rekaan grafik, Canva adalah aplikasi yang sangat sesuai untuk anda gunakan! Beribu gambar dan background / latar belakang yang menarik disediakan secara percuma. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian tema dan konsep yang anda ingin cipta. Contohnya anda ingin membawa konsep Hari Malaysia. Anda hanya perlu serch ‘Malaysia Flag’ dan terus pilih yang mana paling sesuai.
5. BOLEH MASUKKAN AUDIO & VIDEO DI CANVA
Fungsi ini sangat menarik sebab zaman sekarang orang lebih tertarik dengan media yang bergerak dan berbunyi. Contohnya bila anda bila anda scroll akaun Facebook dan anda nampak satu posting yang diiringi dengan audio kegemaran anda, sudah tentu anda akan teruskan mendengar, betul tak? Sekaligus mesej yang ingin disampaikan oleh si pemilik akaun juga berjaya dicapai. Anda boleh klik butang audio dan pilih audio yang anda minati.
6. AUTO SAVED
Teringat dengan pelajar saya sewaktu di dalam kelas. Sewaktu beliau sedang menyiapkan tugasan rekaan grafik yang saya berikan, tiba-tiba beliau berasa cemas. Gelabah habis! Kerja editing beliau hilang! Puncanya kerana beliau salah tekan dan keluar daripada aplikasi tersebut. Jangan risau…. Sebenarnya Canva ada fungsi auto-saved! Kerja anda tak akan hilang. Anda hanya perlu klik butang Design dan akan dipaparkan semua design yang anda pernah buat sebelum ni. Lihat gambar di bawah.
7. BOLEH DOWNLOAD & SHARE DESIGN SECARA PERCUMA
Semua orang suka dengan benda percuma kan? Ok selepas siap design di Canva, anda boleh terus download terus ke PC atau handphone anda dengan percuma. Anda boleh download dalam 7 jenis file termasuklah PNG, JPG, PDF Standard, PDF Print, MP4 Video dan GIF. Untuk satu jenis File lagi iaitu SVG anda perlu pakai akaun PRO. Selain itu Canva juga menyediakan fungsi untuk share link supaya pengguna boleh memberi peluang kepada team untuk ‘view & edit’ design itu bersama.
Okey itulah antara TUJUH (7) Fungsi menarik yang disediakan oleh aplikasi CANVA. Untuk pengetahuan anda, saya merupakan pengguna tegar aplikasi ini. Mungkin anda juga boleh mula menggunakan aplikasi ini hari ini dan seterusnya. Maklumlah, nak berniaga secara online memerlukan banyak koleksi gambar dan video. Saya harap artikel ini membantu anda untuk menggunakan Canva selepas ini. Dalam blog ini ada banyak lagi tips bisnes yang menarik! Anda boleh klik dan baca di sini.