Saya amat yakin aplikasi Shopee ada di dalam telefon pintar anda. Cuma selama ini anda hanya menjadi pembeli sahaja! Pernah terfikir tak untuk menjadi penjual di Shopee? Pasti ada pelbagai persoalan di minda yang menyebabkan anda belum mulakan langkah menjadi penjual. Tapi dalam artikel kali ini saya nak kongsikan 5 sebab utama anda perlu berniaga di Shopee. Jom kita tengok kenapa semakin ramai orang suka menjual sini.. Oh ya.. Jika anda masih belum ada akaun penjual, anda bolehlah ikuti caranya di sini.
1. PENDAFTARAN PERCUMA
Untuk buka akaun sebagai seller / penjual di Shopee adalah PERCUMA. Yes, it is FREE. Jika anda buka kedai fizikal sudah tentu banyak makan modal. Tapi kalau anda berniaga di Shopee, kos untuk buka kedai online adalah percuma. Sesiapa sahaja boleh jadi penjual pada zaman sekarang. Jika ada kemahuan pasti di situ ada jalan!
2. KOS PENGHANTARAN BARANG YANG LEBIH MURAH
Adakah anda perasan shipping cost di Shopee lebih murah? Untuk barangan yang ringan dan kecil, kos penghantaran hanya sekitar RM4 sahaja berbanding harga normal RM8. Ini juga menjadi faktor kenapa ramai pembeli suka membeli dengan menggunakan plaform Shopee. Adakalanya mereka nampak iklan produk A di Facebook tetapi mereka sengaja membeli di Shopee kerana mahukan penjimatan kos penghantaran. Jadi sangat rugi jika anda hanya berniaga di sosial media seperti FB dan IG tetapi tidak berniaga di Shopee. Serius anda rugi!
3. KEDAI ANDA DIBUKA 24 JAM SECARA BERTERUSAN
Khusus untuk anda yang selama ini ada kedai fizikal seperti butik, kiosk atau berniaga di booth, saya amat menggalakkan anda untuk memuatnaik gambar produk anda di Shopee. Sudahlah zero modal untuk buka kedai malah kedai online anda dibuka 24 jam. Pendek kata sepanjang masa anda berpeluang untuk mendapatkan sales. Menarikkan?
4. SISTEM URUSNIAGA DAN PEMBAYARAN YANG SANGAT MUDAH.
Shopee sudah menyediakan sistem yang tersendiri. Ianya sangat lengkap dan mudah digunakan. Contohnya pembeli akan berasa gembira dan senang hati apabila mereka boleh memantau dalam sistem pergerakan produk dan tarikh jangkaan produk akan tiba. Selain itu, sistem pembayaran Shopee juga sangat selamat digunakan. Ini kerana setiap pembayaran daripada pembeli akan dipegang oleh Shopee dahulu. Apabila produk sudah sampai ke tangan pembeli barulah Shopee akan melepaskan bayaran itu kepada penjual.
5. PENDAPATAN YANG TIADA HAD
Ada usahahawan yang saya pernah bimbing berjaya mengekalkan pendapatan 5 angka setiap bulan dengan purata jualan RM60,000 hanya dengan menggunakan platform Shopee sahaja. Jadi tidak mustahil anda juga boleh melakukannya. Tambahan pula aplikasi Shopee juga hebat dalam promosi di kaca TV, sosial media dan Google Jadi tak mustahil kedai online anda juga akan dikenali ramai.
Jika diteliti secara terperinci saya amat yakin pasti ada banyak lagi manfaat yang bakal anda dapat dengan berniaga di Shopee. Saya tak nak anda hanya terinspirasi dengan artikel ini. Sebaliknya saya mahu anda terus bertindak. Kejayaan memerlukan tindakan! Mulakan langkah anda hari ini juga. Oh ya, jangan lupa untuk baca banyak lagi tips-tips bisnes dari kami di website ini.