TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

General

3 TIPS MULAKAN TIKTOK MARKETING.

Sejak akhir-akhir ini aplikasi TIKTOK semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Dulu ramai orang beranggapan TIKTOK hanya tempat untuk berhibur dengan menonton konten joget-joget. Tapi sekarang semakin ramai usahawan yang bijak menggunakan platform ni sebagai platform marketing. Di dalam konteks bisnes, marketing bermaksud serangkaian proses dalam menyampaikan pesan/informasi kepada publik agar produk / servis lebih dikenali. Jadi di sini kita faham di mana ada crowd, di situ adalah tempat berpotensi untuk kita lakukan marketing. Penggunaan aplikasi TikTok dilaporkan meningkat sehingga jumlah muat turunnya melebihi 2 bilion manakala pengguna aktifnya mencecah 689 juta.

Jumlah Pengguna TikTok Kian Meningkat.

Jika anda merupakan usahawan yang ingin memulakan pemasaran di platform TIKTOK, hari ini saya akan kongsikan 3 TIPS Untuk Mulakan Tiktok Marketing.

1. TETAPKAN OBJEKTIF PEMASARAN TIKTOK ANDA

Setiap bisnes pasti ada objektif pemasaran yang berbeza. Contohnya, ada bisnes yang ingin menaikkan brand awareness, membina trust untuk mendapatkan pekerja baharu, educate target audiences, dan meningkatkan jualan. Bila kita jelas dengan objektif barulah senang untuk kita mengukur keberkesanan marketing yang dijalankan. Jadi sudahkan anda menetapkan objektif pemasaran TIKTOK anda? Jika belum, inilah paling utama yang anda perlu lakukan sebelum berfikir langkah seterusnya.

2. MUATNAIK KONTEN SOFT SELL & HARD SELL YANG SELARAS DENGAN OBJEKTIF

Konten yang kreatif dan menarik pasti berjaya menarik perhatian prospek anda. Dengan fungsi editing yang TIKTOK ada, pasti anda boleh menghasilkan sebuah video yang mampu viral. Tambahan pula, platform TIKTOK sekarang sedang trending dan hangat di pasaran. Pastikan kita sama-sama berada di dalam gelombang atau wave yang sama. Rugi sekiranya anda terlepas kapal. Ramai juga usahawan yang berjaya menaikkan personal branding menggunakan aplikasi TikTok. Boleh baca di sini tentang kepentingan Personal Branding terhadap bisnes anda.

3. KEEP CONSISTENT

Pepatah ada mengadakan, jika buat sesuatu perkara jangan ‘Hangat-hangat Tahi Ayam’. Bila dah mula pastikan buat sampai habis! Konsisten adalah kunci kepada sebuah kejayaan. Anda wajib muatnaik konten kreatif di TikTok secara konsisten dan teratur. Pastikan mesej yang hendak disampaikan jelas dan mencetus emosi prospek. Dalam membina konten kreatif yang konsisten, saya menyarankan anda menyediakan 3 hari dalam sebulan untuk proses menyiapkan konten sahaja! Sediakan kalendar marketing anda dan rangka perjalanan konten anda secara terus-menurus.

Haa… tak lama lagi kita dah nak masuk tahun 2022. Bulan Disember adalah bulan terbaik untuk anda merangka perjalanan bisnes anda untuk tahun depan. Selain Facebook dan Instagram, kini anda boleh gunakan platform TikTok pula bisnes marketing. Saya amat teruja dan rasa terinspirasi bila terbaca berita di Sinar Harian tentang Tiktok Lahirkan Jutawan Muda. Moga anda juga boleh ikut jejak langkah mereka yang berjaya!.

Related posts
GeneralMarketing

5 SEBAB UTAMA ANDA PERLU BERNIAGA DI SHOPEE.

General

4 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA PERNIAGAAN.

General

7 Fungsi Menarik di Aplikasi CANVA

General

5 CARA OPTIMUMKAN LISTING GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *