Saya amat yakin anda semua sudah tahu apa itu laman web. Tetapi anda masih terfikir-fikir samada perniagaan anda memerlukan website atau pun tidak. Kebanyakan bisnes pada hari ini waima bisnes bersaiz kecil dan sederhana sudah pun memiliki website sendiri. Ini kerana mereka nampak kepentingan website kepada bisnes yang dijalankan. Baiklah, pada hari ini saya nak kongsikan 5 sebab kenapa perniagaan anda memerlukan website. Kalau anda masih belum ada website boleh baca di sini untuk cara buat website.
1. PLATFORM BERKONGSI MAKLUMAT LENGKAP TENTANG PERNIAGAAN ANDA.
Pernah tak orang bertanya kepada anda, apakah bisnes yang sedang anda jalankan? Susah kan nak terangkan semuanya. Kalau dah ada website, anda boleh terus kongsikan link kepada mereka. Selain itu, pernah tak anda mempromosikan bisnes di platform media sosial namun tak tahu nak letak CTA (Call To Action) apa. Nah….kalau dah ada website anda boleh terus letak link website. Semua maklumat tentang latar belakang syarikat dan produk/servis yang ditawarkan ada di situ. Itulah kepentingan website yang pertama!
2. PROSPEK LEBIH MUDAH JUMPA PRODUK/SERVIS ANDA DI CARIAN INTERNET.
Zaman sekarang ni, Google macam dah jadi sumber rujukan utama masyarakat kita. Contoh kalau kita nak mencari orang servis aircond, mesti kita akan search di Google. Jika keyword yang anda gunakan sesuai dengan produk atau servis yang ditawarkan, pasti Google akan menyenaraikan website anda di muka utama dan listing yang teratas.
3. LEBIH MUDAH BINA KEPERCAYAAN PROSPEK
Tahukah anda fasa pembelian pelanggan akan melalui tiga proses iaitu KNOW, LIKE, TRUST. Adakalanya proses KNOW dan LIKE itu mereka dapat dari sosial media anda seperti Facebook dan Instagram. Tapi selepas mereka tahu perniagaan anda mempunyai website, terus proses TRUST itu terbina dengan sendiri. Mereka menganggap anda serius berniaga.
4. PELUANG UNTUK MENGUMPUL DATABASE PELAGGAN.
Saya amat yakin pasti anda pernah mendengar tentang ‘DATABASE IS KING’. Tahukan anda dengan adanya website anda boleh mengumpul database / maklumat tentang pelanggan? Hah, macamana tu? Ok, pernah tak anda masuk ke mana-mana website dan menawarkan kepada anda sesuatu seperti voucher, free ebook dan sebagainya? Namun anda perlu mengisi form yang terdiri dengan beberapa maklumat seperti Nama penuh, alamat email dan nombo telefon. Jadi secara tak langsung sebenarnya website telah mengumpul prospek untuk anda kejar dengan teknik pemasaran yang lain pula seperti Facebook Retargetting.
Kesimpulannya kita nampak yang website sangat penting dalam bisnes. Dah masuk tahun 2022 pun. Kalau tak pandai buat website boleh belajar. Salez Academy kan ada…. Boleh baca banyak lagi tips perniagaan berguna di sini.