TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

General

5 CARA OPTIMUMKAN LISTING GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Apa itu Google My Business? Sebenarnya, GMB merupakan satu TOOLS daripada Google untuk mempermudahkan usahawan berkongsi maklumat perniagaan secara lebih terperinci. Seperti yang kita tahu pada zaman sekarang, Google merupakan platform carian UTAMA di dunia diikuti oleh Yahoo dan Bing. Contohnya, nak cari restoren best di Kuantan kita akan search di Google. Nak cari orang buat servis repair air-cond pun kita akan search di Google. Pendek kata Google ni macam sumber rujukan utama kita bila nak cari sesuatu. Jadi, amat penting untuk semua usahawan daftarkan perniagaan mereka di Google My Business.

Tapi jika anda masih belum mendaftar bisnes anda di Google My Business, gunakan link ini untuk terus mendaftar. Artikel kali ini, saya lebih tekankan cara untuk optimumkan Listing Google My Business anda. Apa yang kita mahukan adalah prospek akan jumpa maklumat tentang perniagaan kita di LISTING yang teratas supaya kebarangkalian untuk mereka menekan butang CTA (Call To Action) itu lebih tinggi. Berikut adalah 5 cara tersebut :

1. LENGKAPKAN MAKLUMAT BUSINESS PROFILE ANDA.

Semakin lengkap maklumat yang anda sediakan, semakin prospek tertarik dengan bisnes yang anda tawarkan. Ingat, bisnes is about KNOW, LIKE, TRUST! Antara maklumat asas yang anda perlu lengkapkan adalah Nama Perniagaan, Alamat Perniagaan, Servis kawasan yang anda tawarkan, nombor telefon dan link website rasmi anda. Dan akhir sekali jangan lupa untuk verified @ sahkan maklumat pendaftaran bisnes anda di dalam GMB ini.

2. MUATNAIK KONTEN YANG SESUAI DI GOOGLE POST SECTION

Sama seperti platform sosial media yang lain seperti FB & IG, Google My Business juga ada menyediakan ruangan untuk anda memuatnaik konten atau status terkini. Contohnya, anda mempunyai sebuah restoren di Bangi dan mulai 1 Januari 2022 anda akan mengeluarkan satu menu steak yang baru. Jadi anda juga boleh update maklumat terkini di dalam Google My Business. Update terkini daripada anda membuktikan perniagaan anda memang aktif dan beroperasi seperti yang dijadualkan.

Klik Create Post di Akaun Google My Business Untuk Update Informasi Terkini.

3. SENTIASA MENGURUS SEKSYEN Q&A DI AKAUN GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Sebaiknya anda menggalakkan pelanggan anda untuk membuat review di akaun Google My Business anda. Perkara ini akan lebih menarik perhatian prospek lain yang membaca review ini. Selain itu, jika ada pelanggan anda yang meninggalkan soalan di akaun GMB, anda harus membalasnya dengan memberikan jawapan yang terbaik. Ramai usahawan yang mengabaikan seksyen Q&A ini dengan tidak memberikan jawapan kepada soalan yang diutarakan oleh pelanggan. Saranan saya, usahawan peru buka akaun GMB mereka paling tidak 2 hari sekali.

4. GUNAKAN NOMBOR TELEFON LOKAL YANG AKTIF.

Pastikan anda menggunakan nombor telefon yang aktif dan paling mudah untuk prospek menghubungi anda. Jika anda menjalankan bisnes antarabangsa, pastikan anda menggunakan nombor telefon Malaysia kerana Google akan menayangkan akaun GMB anda berdasarkan lokasi yang paling dekat.

5. PASTIKAN ANDA MEMUATNAIK GAMBAR & VIDEO RESOLUSI TINGGI.

Untuk menarik perhatian prospek untuk melihat koleksi gambar dan video di akaun Google My Business anda, pastikan semua media itu jelas & terang (resolusi tinggi). Media yang kabur akan kurang view dan ini bermaksud anda gagal dalam menyampaikan mesej kepada pelanggan.

MUANAIK GAMBAR & VIDEO RESOLUSI TINGGI.

OKEY, itulah 5 CARA untuk optimumkan LISTING anda di Google My Business. Harap anda dapat sesuatu dari perkongsian kali ni. Jangan pandai sorang-sorang je, kongsikan info ni dengan kawan-kawan yang memerlukan. Oh ya, sebelum terlupa saya nak bagitahu yang Google My Business merupakan salah satu teknik Zero Cost Marketing kerana tiada sebarang cas dikenakan untuk anda mendaftar. Menarikkan? Sebelum ini juga saya pernah kongsikan Teknik Zero Cost Marketing di FB. Boleh baca di sini untuk tambah lagi pengetahun ilmu bisnes anda.

Related posts
GeneralMarketing

5 SEBAB UTAMA ANDA PERLU BERNIAGA DI SHOPEE.

General

4 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA PERNIAGAAN.

General

7 Fungsi Menarik di Aplikasi CANVA

General

3 TIPS MULAKAN TIKTOK MARKETING.

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *