TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

General

5 PUNCA UTAMA IKLAN FB ADS ANDA GAGAL!

Seronok bila tengok orang lain buat FB ads menjadi je… Tapi aku? Dah habis beribu-ribu tapi masih tiada hasil! Adakah anda mempunyai masalah seperti ni? Jika ya, sila baca artikel ini sampai habis. Saya akan kongsikan 5 PUNCA UTAMA KENAPA IKLAN FB ADS ANDA GAGAL.

1. TAK KENAL TARGETTED AUDIENCE

Untuk menjual sesuatu produk anda harus betul-betul kenal siapa pelanggan yang sesuai. Anda harus tahu dengan jelas customer avatar. Customer avatar adalah personaliti bakal pembeli produk / servis kita. Antara perkara yang anda perlu tahu tentang bakal pembeli adalah jantina, umur, lokasi, tahap pendidikan, gaji, minat dan shopping habit mereka. Jika anda masih belum jelas atau tidak kenal dengan targetted audience, pasti iklan FB ads anda gagal!

2. COPYWRITING YANG HAMBAR.

Copywriting bermaksud ayat jualan yang berkonsep persuasif supaya pembaca mengambil tindakan pembelian serta merta. Anda harus menjadi sangat kreatif dalam menulis copywriting dan perlu pandai memainkan emosi prospek yang membaca. Sebelum ini saya pernah kongsikan 3 Teknik Menulis Copywriting Power. Boleh baca di sini. Ciri-ciri copywriting yang TERBAIK adalah anda menyentuh isu / permasalahan prospek, menceritakan uniknya produk anda, menawarkan sesuatu offer yang menarik, ada unsur urgency dan jangan lupa letakkan link Call To Action (CTA) yang sesuai. Copywriting yang bagus juga perlu sesuai dengan targetted audience yang anda gambarkan seperti di atas.

3. TAK BUAT SPLIT TEST

Apa itu split test? Ia juga dikenali sebagai A/B testing. Tujuannya adalah untuk mengetahui pemboleh ubah apakah yang paling digemari oleh audience anda. Antara contoh pemboleh ubah yang anda boleh mainkan adalah seperti copywriting, imej, video dan CTA. Untuk pengetahuan anda, satu (1) split test hanya boleh digunakan untuk menguji satu pemboleh ubah sahaja. Contohnya, iklan A anda gunakan poster berwarna merah manakala iklan B anda gunakan poster warna kuning. Pemboleh ubah di sini adalah design poster yang anda gunakan..

4. DURASI VIDEO YANG TERLAMPAU PANJANG.

Untuk makluman anda, iklan FB ads yang menggunakan video pemasaran akan mendapat conversion rate yang lebih tinggi berbanding jika mereka menggunakan imej statik. Namun FB ads akan gagal jika anda menggunakan video pemasaran yang telampau panjang, meleret-leret, tiada sarikata di bahagian bawahnya dan mesej yang tidak jelas. Sebaiknya, pada 3 saat pertama anda sudah berjaya mengikat hati pelanggan dengan video yang anda kongsikan.

5. TIADA WEBSITE & TIDAK MENGGUNAKAN FB PIXEL.

Jika anda serius berbisnes, saya sarankan anda buatlah satu website khas. 4 sebab kenapa anda perlu ada website. Pertama untuk nampak lebih profesional dan lebih serius dalam perniagaan. Kedua, prospek lebih mudah jumpa bisnes kita di carian Google. Ketiga, website merupakan platform paling selamat berbanding FB, IG dan marketplace lain. Dan sebab keempat dengan adanya website perniagaan sendiri, anda boleh menggunakan FB Pixel. Memanfaatkan Facebook pixel mampu menggandakan kejayaan iklan anda, dan meminimumkan kos pengiklanan sebab anda boleh melakukan teknik ‘remarketing’ atau ‘retargeting’ pada masa akan datang. Kalau anda nak buat website sendiri boleh baca di sini.

Dalam 5 PUNCA UTAMA yang saya huraikan ini, ada tak yang kena pada diri anda sendiri? Jika ada, anda perlu perbaiki segera untuk mengelakkan iklan FB ads anda gagal lagi!

5 PUNCA UTAMA IKLAN FB ADS ANDA GAGAL

Related posts
GeneralMarketing

5 SEBAB UTAMA ANDA PERLU BERNIAGA DI SHOPEE.

General

4 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA PERNIAGAAN.

General

7 Fungsi Menarik di Aplikasi CANVA

General

5 CARA OPTIMUMKAN LISTING GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *