

Ramai yang tanya perlu ke seorang agen / stokis ada personal branding? Apa itu personal branding? Ia boleh didefinisikan sebagai sebagai suatu proses pembentukan persepsi masyarakat terhadap aspek yang dimiliki individu, di antaranya keperibadian, kemampuan, nilai, serta stimulus yang menghasilkan persepsi positif di mata masyarakat sehingga dapat dijadikan alat pemasaran. Berikut adalah 5 SEBAB anda perlukan PERSONAL BRANDING :
1. Nama Anda Akan Lebih Mudah Dikenali
Di zaman yang semakin canggih ini, siapa sahaja yang tak mahu dirinya dikenali? Semua berlumba-lumba mengejar title influencer. Begitu juga dengan sesebuah perniagaan yang dibangunkan. Sudah semestinya anda juga perlukan nama yang kukuh untuk lebih ramai cakna dan kenal akan brand yang anda cuba bawa. Jika personaal branding anda kuat, secara automatik pengikut anda akan tahu produk / servis yang anda jual.
2. Menarik Perhatian Lebih Banyak Audience
Dalam ilmu business ini, anda juga sedia maklum betapa penting audience dan sekaligus dapat menarik target-target customer yang anda mahukan bersesuaian dengan produk yang anda perkenalkan pada audience. Melalui Personal Branding yang kukuh, lebih banyak mata-mata yang akan memperhatikan perniagaan anda dan tanpa sedar mereka sendiri akan ikuti setiap perkembangan anda hari demi hari. Dalam proses anda menaikkan personal branding anda, pastikan konten yang anda muat naik selaras dengan target audience anda! Contoh, anda menjual produk kosmetik. Jadi mungkin anda boleh memuatnaik konten yang berkaitan dengan isu kecantikan.
3. Perniagaan Anda Lebih Dipercayai dan Diyakini
Brand yang dikenali ramai juga akan membuat pelanggan dan bakal pelanggan anda lebih yakin dan percaya. Customer hari ini tidak lagi suka membuang masa dengan jenama-jenama yang mencurigakan kerana terlalu banyak kes penipuan. Oleh itu, kita perlulah berlumba-lumba menjadi pilihan yang pertama di antara yang lain. Dengan adanya personal branding yang kuat terutamanya di platform digital, maka lebih mudah untuk prospek membuat keputusan untuk membeli.
4. Brand Anda Akan Mudah Diingati
Dikenali sahaja adalah tidak mencukupi untuk sesebuah perniagaan yang dibawa. Dengan personal branding ini juga, jenama yang anda bawa juga akan lebih mudah diingati oleh customer. Petik sahaja nama brand anda, seseorang itu dapat menceritakan tentang produk anda, bahkan tentang anda sendiri selaku pembawa brand tersebut. Hal ini amat baik kerana sudah pasti anda dapat meluaskan lagi nama yang anda bawa itu.
5. Dapat Mencipta Keunikan
Perkara terkakhir ini adalah sangat penting untuk diberi perhatian yang khusus. Dalam sesebuah perniagaan, keunikan itu amatlah penting untuk terus menonjol berbanding agen/stokis lain. Dengan menggunakan platform digital yang ada seperti Facebook, Instagram, TikTok dan sebagainya, anda boleh membawa konten yang unik untuk mencipta kelainan! Cuba bayangkan, terdapat 10,000 agen yang menjual produk Coway tetapi anda mempunyai personal branding yang kuat dengan mempunyai puluhan ribu followers. Sudah tentu anda lebih berpotensi dalam membuat jualan.
Kesimpulannya di sini, jika anda seorang agen /stokis, anda wajib bina personal branding! Boleh baca di sini untuk tahu strateginya.
Oh ya, di dalam posting sebelum ni saya ada kongsikan 9 Cara Naikkan Followers di Instagram secara organik. Boleh baca di sini ya.
Semoga bermanfaat!