

Penting sangat ke followers yang ramai di Instagram? Ya. Kerana followers yang ramai mencerminkan kredibiliti dan kepercayaan orang terhadap anda. Tahukah anda, sebenarnya ada sembilan (9) cara mudah untuk naikkan followers di Instagram secara organik?
1. Memuatnaik konten yang berkualiti di Instagram
Maksudnya anda disarankan membawa tema warna, konsep dan konten yang konsisten. Hal ini dapat menaikkan imej dan jenama anda. Selain itu, cuba beri manfaat sebanyak yang boleh kepada followers anda.
2. ‘Follow’ pengguna Instagram yang lain.
Cara yang paling baik untuk follow akaun Instagram orang lain adalah dengan memastikan mereka pengguna yang aktif supaya mereka dapat ‘follow back’ anda semula dengan cepat. Caranya, anda cari posting yang lalu di wall anda dan posting tersebut dibuat dalam tempoh 24 jam. Kemudian anda boleh follow semua yang ‘LIKE’ posting tersebut.
3. Selalu berkomunikasi dengan pengguna Instagram yang lain.
Berkomunikasi di sini bermaksud, anda rajin LIKE dan KOMEN posting pengguna Instagram lain. Maka, lepas ni bolehlah rajin-rajinkan diri ya.. Jangan scroll tanpa buat apa-apa pulak! Rugi. Sambil bersosial, anda boleh berkomunikasi kerana ini juga salah satu cara naikkan followers Instagram anda!
4. Buat ‘contest’
‘Contest’ atau dalam Bahasa Melayunya ‘Pertandingan’ adalah perkara yang paling pengguna Instagram suka kerana mereka berpeluang mendapat hadiah. Anda harus menawarkan hadiah yang menarik dan sesuai dengan audience anda.
5. Repost posting pelanggan anda.
Bila anda repost, pelanggan akan suka dan pada waktu yang sama, orang akan semakin percaya dengan bisnes yang anda lakukan. Bila pengguna Instagram ada rasa percaya dan suka, maka mereka akan follow anda pula. Haa…begitulah konsepnya.
6. Lakukan penjadualan posting.
Konsisten itu penting! Anda perlu berdisiplin dalam membuat jadual posting di Instagram kerana ia akan mengikat hati followers anda yang sentiasa tertunggu-tunggu posting dari anda. Sebagai permulaan, anda boleh cuba buat 3 posting menarik dalam seminggu.
7. ‘Follow’ akaun Instagram pesaing anda.
Kenapa kena follow pesaing pula? Sebab, mereka adalah prospek kita. Followers mereka telah pun menunjukkan minat terhadap kategori produk/servis yang sama. Cuba anda follow mereka! Mana tahu mereka mungkin cuba membeli dengan anda pula!
8. Gunakan #Hashtag dalam setiap posting anda di Instagram.
Penggunaan hashtag ‘#” sangat penting untuk klasifikasi produk / servis. Pengguna Instagram yang belum lagi menjadi followers anda mungkin akan jumpa akaun Instagram anda dengan #hashtag yang mereka taip.
9. Bekerjasama dengan influencers.
Followers di akaun Instagram anda akan meningkat dengan cepat jika anda gunakan khidmat influencers. Tapi kaji dulu sebelum memilih influencers supaya produk itu sesuai dengan influencers tersebut. Anda juga dinasihatkan untuk persiapkan laman Instagram anda dengan informasi berguna kerana anda bakal menerima pengunjung dari pengguna Instagram lain selepas produk anda dikongsikan oleh influencers.
Dapat sesuatu tak daripada perkongsian kali ini? Anda boleh baca di https://berjaya.xyz/naikkan-follower-instagram/ untuk tahu manfaat jika ada ramai followers.
Anda suka baca artikel tentang ilmu bisnes? Kami sediakan banyak informatif artikel di website ini http://www.salezacademy.com