TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

General

4 SEBAB USAHAWAN PERLU PAKAI WHATSAPP FOR BUSINESS.

Whatsapp for Business

Tahukah anda Whatsapp For Business disediakan untuk usahawan seperti anda! Ya usahawan seperti anda.

Pernah tak anda rasa macam tak cukup masa? Rasa tangan dah macam sotong melayan semua whatsapp dari pelanggan dan prospek. Adakalanya sampai tersalah reply!

Haishh..perkara macam ni tak sepatutnya berlaku. Benda boleh dipermudahkan, buat apa nak susah-susah kan?

Sila baca EMPAT (4) sebab utama ini :

1. BUSINESS PROFILE

Adanya ruangan business profile di dalam Whatsapp For Business. Jadi sebagai usahawan atau business owner, wajib untuk anda lengkapkan ruangan ini. Lepas ini tak perlu lagi nak ceritakan hal anda kepada setiap seorang yang wasap dengan anda!

2. CATALOGUE

Fungsi catalogue di dalam Whatsapp For Business sangat berguna untuk usahawan. Anda boleh muatnaik semua rangkaian produk anda di sini beserta harga dan keterangan produk. Contohnya, anda menjual pelbagai design baju. Jadi anda boleh upload semua gambar design di catalogue ini. Jik anda menggunakan CTA ke whatsapp, kemudian semua orang dapat lihat semua koleksi anda itu dengan mudah! Prospek juga lebih mudah untuk buat keputusan.

3. BROADCAST & LABEL CHAT

Aktiviti broadcast messages adalah perkara yang rumit jika dibuat satu per satu. Jadi dengan adanya fungsi Broadcast ini, pasti kerja anda menjadi lebih mudah. Tambah pula, Whatsapp for Business anda menyediakan fungsi ‘Label Chat’. Sebagai contoh anda mahu broadcast mesej secara serentak kepada Label Chat berwarna hijau (prospek yang masih belum buat bayaran) sahaja. Kerja anda menjadi sangat mudah. Malah jimat masa!

4. GREETING MESSAGESS & AUTO REPLY

Ramai usahawan yang suka buat iklan berbayar di sosial media seperti (Facebook & Instagram) dan mereka menggunakan CTA ke Whatsapp. Jika prospek yang masuk terlampau banyak, anda wajib gunakan fungsi greeting messages dan auto reply ini supaya prospek / pelanggan anda tidak tertunggu-tunggu jawapan dari anda. Gunakan ayat yang lebih santai supaya mereka tidak merasa seperti sedang berkomunikasi dengan robot.

Itulah antara EMPAT (4) sebab kenapa usahawan perlu cepat-cepat berpindah dari Whatsapp biasa kepada Whatsapp For Business. Untuk tahu lebih lanjut, kami ada sediakan Kelas Ultimate Whatsapp Strategy. Boleh tengok di sini http://www.salezacademy.com .
Jika anda nak tahu cara install boleh baca di link ini https://fahdighazali.com/tutorialcaramenggunakanwhatsappbusiness/

Related posts
GeneralMarketing

5 SEBAB UTAMA ANDA PERLU BERNIAGA DI SHOPEE.

General

4 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA PERNIAGAAN.

General

7 Fungsi Menarik di Aplikasi CANVA

General

5 CARA OPTIMUMKAN LISTING GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *