TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

General

7 TIPS & TRICKS FACEBOOK MARKETPLACE

Seperti yang saya kongsikan artikel sebelum ni, Facebook Marketplace merupakan salah satu platform zero cost marketing. Ianya sangat mudah digunakan malah sesiapa sahaja boleh menjadi penjual di Facebook Marketplace. Namun, ada ramai usahawan yang mengeluh bilamana iklan mereka tidak mendapat leads langsung. View pun kosong! Sebenarnya, ada rahsianya. Terdapat 7 TIPS & TRICK di FACEBOOK MARKETPLACE.

1. Perbaharui posting secara berkala

Cara ini adalah sangat penting dalam meningkatkan penjualan anda di Facebook Marketplace. Anda perlu memuat naik gambar secara berkala agar dapat menembus lebih banyak pelanggan. Hal yang perlu dilakukan adalah dengan cara perbaharui gambar utama produk, mengubah hashtag dan lokasi target penjualan yang berbeza setiap 7 hari. Apabila anda kerap memperbaharui posting produk anda, maka Facebook akan mengetahui bahawa produk jualan anda masih aktif dan bakal ditampilkan pada urutan teratas di Facebook Marketplace.

2. “Clickable Link

Di Facebook Marketplace, tidak ada “hyperlink” (clickable link) dibenarkan untuk diletakkan pada product description. Apa sahaja urusan atau mesej, anda perlu menggunakan Facebook Messenger. Jadi anda kena alert dengan messenger anda! Jika ada mesej yang masuk ke dalam messenger anda, kemudian anda boleh membawa perbualan itu ke Whatsapp anda!

3. Nombor Telefon

Untuk pengetahuan anda, sebarang nombor telefon juga tidak dibenarkan untuk dilampirkan pada product description. Jika ada nombor telefon yang diletakkan, pihak Facebook akan sembunyikan dari ianya terlihat. Ramai juga usahawan yang pelik bilamana iklan mereka di Facebook Marketplace mendapat ‘0’ views. Rupanya mereka letakkan nombor telefon di ruangan description.

4. Suppliers

Penjual di Facebook Marketplace adalah lebih dipercayai oleh prospek kerana salah satu sebabnya adalah mereka dapat melihat terus kepada Facebook Profile anda. Mereka juga dapat membuat sebarang keputusan tanpa ragu-ragu sekaligus boleh bertemu secara bersemuka dalam urusan Cash On Delivery (COD).

5. Post to More Places

Untuk memperluaskan lagi penjualan produk anda di Facebook, sangat penting untuk anda memilih places/ Facebook Groups yang berkait rapat dengan produk atau servis jualan anda. Sebagai contoh, Group Skincare dan kosmetik untuk anda yang menjual produk-produk kecantikan atau agent-agent produk kecantikan.

6. Duplicate Items

Sebagai penjual sudah pasti kebiasaannya anda akan menggunakan Ads yang sama berkali-kali (duplicate) seperti gambar dan copywriting. Walaupun begitu, anda perlu sentiasa menggunakan gambar produk yang berlainan juga walaupun menggunakan teknik duplicate ketika posting sesuatu. Ini kerana Facebook Marketplace tidak akan meluluskan posting iklan anda jika anda menggunakan gambar yang sama untuk gambar muka depan.

7. Policy

Walau bagaimanapun, berbalik kepada apa sahaja konten yang anda muat naik, anda wajib sentiasa mengikut syarat-syarat, polisi dan terma yang telah ditetapkan dalam Facebook Terms and Conditions seperti contoh tidak dibenarkan menjual sebarang produk orang dewasa (ex: Ubat Kuat & sexual toys). Jika anda dapat mengikut semua arahan dengan teliti satu persatu, sudah pasti produk anda dapat dikenali lebih luas lagi oleh pengguna di Facebook.

Selepas saya kongsikan 7 TIPS & TRICK ni, anda dapat sesuatu tak? Kalau nak banyak lagi info boleh baca di sini.

Related posts
GeneralMarketing

5 SEBAB UTAMA ANDA PERLU BERNIAGA DI SHOPEE.

General

4 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA PERNIAGAAN.

General

7 Fungsi Menarik di Aplikasi CANVA

General

5 CARA OPTIMUMKAN LISTING GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *