TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

General

6 TOOLS FACEBOOK ZERO COST MARKETING

Siapa yang tak suka dengan benda FREE seperti FACEBOOK ZERO COST Marketing kan? Syarikat yang dah buat sales berjuta setiap bulan pun masih gunakan platform marketing percuma yang Facebook bagi ni. Apatahlagi usahawan yang baru bermula..

Jadi saya sangat teruja untuk membantu anda mengenali 6 FREE tools tersebut.

Facebook Zero Cost Marketing

1. Facebook Live

Zero Cost Marketing yang pertama adalah Facebook LIVE. Pernahkah anda melihat usahawan berniaga di Facebook Live? Ada yang terus menjual produk mereka seperti pakaian, kosmetik, aksesori lelaki dan wanita. Selain itu ada juga yang membawa konten gaming. Malah ada juga yang sekadar membuat perkongsian ilmiah dengan objektif untuk menaikkan branding / penjenamaan. Facebook LIVE adalah PERCUMA. Malah anda boleh menjana pendapatan sekiranya mendaftar sebagai streamer di Facebook.

2. Facebook Marketplace

Facebook menyediakan platform Marketplace ini dengan tujuan agar pengguna Facebook dapat membeli sekaligus menjual di sini. Medium komunikasi untuk Facebook Marketplace adalah dengan menggunakan messenger sahaja. Semua orang boleh berniaga di sini dengan PERCUMA. Keistimewaannya anda boleh target pelanggan mengikut lokasi tertentu.

3. Facebook Group

Kebanyakan pengguna di Facebook hanya join group yang mereka minati. Namun tahukah anda, bahawa anda juga boleh membuat Facebook group anda sendiri secara PERCUMA? Maka dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh mengumpul prospek anda di satu tempat khas. Anda hanya perlu sediakan konten yang sesuai  buat mereka.

4. Facebook Event

Teknik Zero Cost Marketing Facebook yang keempat adalah Facebook Event. So, jika anda ingin mengadakan event perniagaan seperti majlis pelancaran produk atau servis, anda boleh menggunakan fungsi ini untuk menjemput prospek secara PERCUMA. Malah ada pengguna Facebook yang menggunakan tool ini untuk memberitahu kenalan tentang majlis perkahwinannya!

5. Facebook Story

Anda boleh selalu memuatnaik gambar atau video tentang produk atau servis anda di Facebook Story. Sama seperti Instagram juga. Namun anda harus ingat bahawa segala perkongsian akan dipadam secara automatik selepas 24 jam. Tetapi saya nak pesan anda harus selang-selikan secara seimbang perkongsian soft sell dan hard sell. So, prospek tidak keluar atau skip dari Facebook Story anda.

6. Facebook Messenger Room

Teknik Zero Cost Marketing Facebook yang keenam adalah Facebook Messenger Room. Ia merupakan satu kaedah pemasaran PERCUMA yang mana anda boleh membuat panggilan video secara berkumpulan yang lebih stabil. Contohnya, dengan menggunakan platform ini anda boleh membuat sesi promosi dan keterangan produk / servis kepada agen and stokis.

So, inilah ENAM (6) Tool Zero Cost Marketing yang anda boleh gunakan untuk bisnes anda. OH Ya.. sebelum tu pastikan anda sudah anda Facebook Page tau. Boleh tengok step by step di sini http://www.salezacademy.com

Kalau nak lagi info tentang zero cost marketing boleh juga baca di sini.. https://beranitulis.com/11-teknik-zero-cost-marketing/

Related posts
GeneralMarketing

5 SEBAB UTAMA ANDA PERLU BERNIAGA DI SHOPEE.

General

4 KEPENTINGAN WEBSITE KEPADA PERNIAGAAN.

General

7 Fungsi Menarik di Aplikasi CANVA

General

5 CARA OPTIMUMKAN LISTING GOOGLE MY BUSINESS ANDA.

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *