
Ramai usahawan yang dah mula pandai buat iklan facebook ads. Tapi masih ramai yang belum pandai menganalisa prestasi iklan FB ADS. Jadi untuk artikel kali ini saya nak kongsikan 5 teknik mengukur keberkesanan iklan Facebook anda.

1. Impression
Maksud impression adalah berapa kali iklan anda ditayangkan oleh Facebook selepas anda menjalankan FB ads. Jadi semakin tinggi impression adalah semakin bagus.
2. Reach
Maksud ‘Reach’ adalah jumlah prospek yang nampak iklan kita. Jumlah Reach untuk iklan FB ads anda yang terbaik mesti lebih 1,000 orang selepas tempoh 24 jam. Semakin tinggi angka REACH, semakin bagus prestasi iklan anda kerana semakin ramai yang nampak iklan anda.
3. Cost per Mille (CPM)
Cost per Mille (CPM) bermaksud setiap kali iklan Facebook anda ditayangkan kepada prospek, pemilik akaun Facebook Page itu perlu membayarnya. Ini bermakna, semakin rendah CPM, semakin bagus prestasi iklan Facebook anda.
4. Click Through Rate (CTR)
Click Through Rate (CTR) bermaksud peratusan % jumlah klik yang diterima berbanding jumlah prospek yang nampak iklan anda (Reach). Formulanya adalah (Jumlah Klik / Jumlah Reach X 100% = CTR). Semakin tinggi % CTR maka semakin bagus prestasi iklan anda.
5. Cost per Click (CPC)
Cost per Click (CPC) bermaksud jumlah bayaran iklan yang perlu dikeluarkan setiap kali prospek klik pada pautan link yang anda letakkan di dalam iklan. Formula pengiraan CPC adalah (Jumlah kos pengiklanan / Jumlah Klik = CPC). Justeru semakin rendah CPC, adalah semakin bagus prestasi iklan Facebook anda.
Kesimpulannya selepas anda menjalankan iklan di Facebook, kemudian wajib bagi anda untuk menganalisa prestasi iklan tersebut. Semua ini anda boleh lihat di ‘Ads Manager’ Facebook Page anda. Untuk menjalankan pengiklanan berbayar di Facebook, anda wajib ada create Facebook Page. Step by step create FB Page ada di sini http://www.salezacademy.com .Anda juga boleh baca tentang ads manager di sini https://www.facebook.com/business/help/200000840044554?id=802745156580214
Haa.. dapat sesuatu tak daripada perkongsian saya kali ni?