TERBARU 2020: Senarai Kursus & Latihan Terbaru

Business DevelopmentSales Management

Agent Blueprint: Apa Yang Wajib Anda Sebelum Anda Buat Sistem Ejen?

Sistem Ejen, sebuah frasa yang sangat popular di Malaysia semenjak 4 – 7 tahun kebelakangan ini. Lagenda mengatakan dah ramai jutawan produk lahir daripada sistem ini. Tak perlu belajar pandai-pandai, buat bisnes je boleh berjaya dan hidup senang. Terma- terma yang biasa berkait dengan sistem ejen ini termasuklah “Dropship, ejen, Stokis, Master Stokis, Monster stokis, affiliate, Executive Partner” dan macam-macam lagi. Untuk post kali ini, kita akan kupas apa sebenarnya sistem ejen ini dan apakah benar semua orang boleh “Kaya & Berjaya” dengan laluan kerjaya yang telah ramai melahirkan jutawan produk di negara kita ini.

“Saya bermula drpd bawah. Drpd Dropship hingga jadi Produk Founder sendiri. Memang susah, tapi kalau ada kemahuan pasti ada jalan”

Puan A, Boss Produk Kecantikan

Sistem ejen ini sering di kaitkan dengan industri produk; samada produk kecantikan, makanan, kesihatan, barang teknologi, buatan tempatan, barang drpd China, home made dan banyak lagi. Apa yang berlaku adalah dalam sistem ejen ini, bisnes atau sesuatu jenama itu akan mempunyai beberapa lapisan team mereka yang akan bertindak sebagai ejen jualan dan penjagaan stok dalam melariskan dan menghabiskan jualan produk jenama/bisnes itu sendiri.

Saya sendiri terlibat dalam pembentukan sistem ejen untuk beberapa syarikat dan saya juga telah melakukan latihan dalam sistem ejen ini untuk lebih 300+ usahawan dalam perniagan kecil dan sederhana; daripada jualan RM1,000 sebulan hinggalah Jutaan Ringgit sebulan. Skala setiap bisnes owner berlainan mengikut target & vision mereka namun sistem yang mereka gunakan dasarnya adalah sama. Di bawah ini saya kongsikan 10 Elemen yang pada Dasarnya Wajib Perlu Ada untuk sesiapa yang berhasrat untuk mempunyai Sistem Ejen yang berjaya, menguntungkan dan bertahan lama. (success, profitable, sustainable)

1) Pengiraan Kos Produk

Semua founder produk yang berjaya maju pastinya membuat kesilapan awal di dalam pengiraan kos dan harga produk ini. Antara kesilapan awal termasuklah tersalah masuk barang yang tidak perlu, penetapan harga produk yang tidak termasuk gaji sendiri & pertimbangan tentang permasalahan di masa akan datang, terlupa nak masukkan skim untuk ejen, Harga terlalu mahal kerana packaging mahal yang tidak perlu, tiada market research tentang competing product.

Pengiraan kos produk yang bagus akan mengambil kira beberapa perkara utama termasuklah:

  • kos bahan mentah
  • Harga produk saingan di pasaran
  • packaging yang sesuai dengan target market
  • Ambil kira ruang untuk bonus & komisyen sekiranya mengambil staff sales atau develop sistem ejen
  • Pengiraan untung kasar dan untung akhir yang teliti
  • Kos bulanan syarikat dan kos-kos tersembunyi lain yang boleh di hapuskan drpd awal.

2) Strategi Layer Sistem Ejen

Untuk strategi sistem ejen, jenama yang berjaya selalunya tidak tahu di mana mereka patut mula drpd awal. Nak start dgn dropship dahulu, atau mula ejen terus?

Kebanyakan akan melalui proses trial & error dan hasil akhir selalunya bergantung kepada personaliti dan gaya bisnes usahawan itu sendiri.

  • Mereka yang mempunyai sosial skill yang tinggi akan mudah mendapatkan stokis, dan hanya perlu menjaga stokis dalam lingkungan 5 – 8 orang sahaja.
  • Bagi mereka yang mempunyai skills pandai bercakap/melatih/father or mother figure style; mereka selalunya akan mempunyai ramai agen yang akan setia bersama mereka drpd awal hingga akhir
  • Dan bagi mereka yang bijak drpd sudut marketing dan ingin fokus kepada operasi; selalunya akan bermula dengan ratusan tentera dropship sendiri

3) Pengiraan commission & harga bagi setiap Ejen Tier

Berkaitan dengan kiraan komisyen & harga setiap ejen ini. Ianya akan sentiasa berubah bergantung kepada fasa produk atau jenama itu sendiri.

Ada yang memulakan dengan satu produk dan hanya ada satu tier komisyen sahaja. Tetapi setelah ade 3 – 4 produk line; Dropshiper mula muncul dalam equation dan Agen mula naik ke tangga stokis. Di sini akan wujud isu seterusnya pula iaitu komisyen sudah tidak memadai untuk memotivasikan team anda. Anda perlukan reward system yang bertahan lama.

4) Reward sistem dalam sistem ejen

Apa reward yang perlu anda beri? Siapa yang layak dapat reward? Perlu bagi setiap bulan ke?

Ini adalah soalan-soalan yang akan muncul dan akan anda selesaikan apabila sudah sampai ke fasa yang mungkin di definisikan sebagai “uncontrollable”

5) Ejen Recruit

Saya dah minat dan saya confirm nak buat sistem ejen. Tapi mana nak cari ejen? Siapa yang patut saya recruit? Apa pakej yang saya nak offer? syarikat founder yang berjaya selalunya akan berjaya melakukan automasi ejen recruitment ni daripada hari pertama lagi. Skill mengambil dan mencari team ni adalah salah satu kemahiran yang membezakan founder yang pergi jauh dan founder yang jatuh tersungkur.

6) Sistem kawalan order & inventory

Sistem order, tracking, kawalan inventory dan juga menyedari kapasiti awal production anda merupakan key skills utama yang perlu anda mahirkan sebelum berjaya untuk maju ke hadapan dalam pembentukan sistem ejen yang lebih besar. Apa yang anda perlukan untuk pastikan aktiviti operasi harian smooth sailing? Berapa, Siapa, Apa yang perlu di lakukan, di laksanakan, Bila nak kena buat? semua ini proses yang founder-founder lalui

7) Training Ejen & Termination

Selain drpd training ejen, stokis, dan dropshipper dalam skills mereka untuk menjual dan membuat marketing; anda juga akan lalui Cabaran Besar di mana tidak semua yang berada di fasa awal; akan tetap berada bersama hingga ke akhirnya. Kekuatan untuk melakukan apa yang sebetulnya akan di uji dalam fasa dan elemen No 7 ini.

8) Bina Marketing Tools Setempat

Centralization of Marketing Tools, Activities & Sales Kit. Ini adalah di mana founder yang berjaya akan wujudkan dan memudahkan jualan dan kerja pemasaran anak buah mereka. Makin senang untuk di jual, makin cepat ejen repeat stok. Makin laju production, Makin berkembang lah syarikat.

9) Sales & Organizational Management

Bagaimana nak dapatkan pengurusan sales setempat untuk organisasi dalam syarikat & ejen sales luar syarikat? Pada cara yang paling efisyen, dengan sistem reporting yang tepat, dan bagaimana nak gandakan sistem kerja sedia ada untuk scale up your business & sales performance as compare to last year? Dalam memahirkan diri menerusi elemen in, usahawan selalunya akan melalui proses automasi a group of repeatable daily activities ke dalam satu set arahan yang akan di laksanakan oleh team yang betul pada kadar result yang menguntungkan syarikat

10) Succession Planning untuk Capai Target Syarikat

Nak capai target untuk 3 bulan, 6 bulan, 2 tahun; tapi apa haluannya? Pasti ada ups and down cumanya kenapa Down je yang banyak? untuk mereka yang sudah mahir dengan 9 elemen di atas; mereka sudah ada “eagle eye view” untuk merancang dan melihat apa yang akan berlaku dalam tempoh menaikkan sales atau target yang mereka tetapkan ini. Succession planning adalah di mana founder-founder ini merangka secara draf di dalam otak dan mindset mereka tentang apa perkara yang mesti mereka semaikan dahulu benih-benih kejayaan supaya pokok yang anda tanam ini akan berbuah dengan lebat di pengakhiran kelak.

Related posts
Business DevelopmentGeneralMarketingSalesSales Management

Hello Salez Academy!

Sign up for our Newsletter and
stay informed

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *